Jumaat, 2 November 2012

Majlis izin ilmu calon SPM dan STPM .

Assalamualaikum .

Pada pagi Jumaat , 2.11.2012 , telah diadakan majlis izin ilmu untuk pelajar Tingkatan 5 dan 6 Atas Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir (SMKBG) . Majlis ini memberi kesempatan kepada para pelajar Tingkatan 5 untuk saling bermaaf - maafan antara para guru di SMKBG . Majlis ini dijalankan sebelum para pelajar Tingkatan 5 menjalani peperiksaan besar iaitu SPM dan STPM . Peperiksaan SPM akan dimulakan pada 5.11.2012 manakala peperiksaan STPM pula akan dimulakan pada tarikh 11.11.2012 .   

Ramai guru yang hadir ke tapak perhimpunan untuk bersama - sama dengan para pelajar sebelum mereka menjalani SPM dan STPM . Majlis bermula dengan ucapan dari pengetua baru SMKBG iaitu Encik Puniran bin Denan . Kemudian , para guru diminta untuk berbaris seterusnya para pelajar diminta beratur sebelum bersalam - salaman antara guru dan pelajar . 







Akhir kata , kami warga SMKBG mengucapkan Selamat Berjaya kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM . Kami juga akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk para pelajar . 

* Gambar selebihnya boleh didapati di https://www.facebook.com/unitkoko.smkbgmuar . 

Disediakan oleh Nur Liyana Adira Shafee . 
Credit to Mira Insyirah binti Badrol Hisham . 

Jumaat, 7 September 2012

Solat Hajat Perdana bagi pelajar PMR, SPM dan STPM

       Pada hari Khamis [6 September 2012], solat hajat telah diadakan di Masjid Jamek Bukit Gambir. Majlis solat hajat ini diadakan sebagai persediaan untuk pelajar yang menghadapi peperiksaan besar pada tahun ini. Solat hajat perdana ini telah diadakan serentak di seluruh negeri Johor. Ibu bapa turut hadir bersama anak mereka untuk membuat persediaan rohani sebelum menghadapi peperiksaan yang bakal menentukan hala tuju mereka. Majlis ini diadakan supaya para pelajar lebih berkeyakinan untuk menghadapi peperiksaan dan mencapai kejayaan demi menaikkan nama diri, keluarga dan sekolah.

       Majlis solat hajat perdana bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan kemudian diteruskan dengan bacaan Yaasin dan tahlil. Solat hajat ini diimamkan oleh imam Masjid Jamek Bukit Gambir, Tn. Hj. Osman bin Gandut. Sesudah selesai sahaja menunaikan solat hajat, ianya diteruskan dengan solat Isyak.

        Makanan diagihkan kepada ibu bapa,guru-guru dan pelajar-pelajar yang hadir. Guru-guru yang hadir turut dihidangkan dengan jamuan setelah selesai solat Isyak. Majlis solat hajat ini turut dihadiri oleh pemangku pengetua SMK Bukit Gambir, Tn. Hj. Ahmad Masduki bin Komar serta GPK Koko En. Zatul Akmam bin Yusop.



     










Diharapkan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini dapat menjawab soalan dengan tenang, cermat dan berkeyakinan. Usaha tangga kejayaan. Kami sebagai warga SMKBG mendoakan kejayaan anda semua.
       

                                                                              Disediakan oleh : Mira Insyirah binti Badrol Hisham


Majlis Persaraan Mr. Lee / A Retirement Ceremony Mr.Lee Cheng Kin

        Pada hari Khamis [6 Spetember 2012] yang lalu, Majlis Persaraan En. Lee Cheng Kin telah diadakan. Encik Lee Cheng Kin atau lebih dikenali sebagai Mr. Lee telah berkhidmat selama 30 tahun (1982 - 2012) di SMK Bukit Gambir. Beliau telah banyak berjasa dalam mendidik dan mengajar anak-anak bangsa.

       Majlis Persaraan bermula kira-kira pukul 2.30 petang selepas waktu persekolahan dan dihadiri oleh semua guru-guru dan staf SMKBG. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada pemangku pengetua SMKBG, Tn. Hj. Ahmad Masduki b. Komar. Beberapa orang guru telah memberikan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan buat Mr. Lee. Guru-guru dan staf disajikan dengan jamuan sempena Majlis Persaraan Mr. Lee Cheng Kin.

       Jasa dan pengorbanan beliau sebagai seorang guru tidak dapat dibalas. Patah tumbuh hilang berganti. Semoga Mr. Lee bahagia disamping keluarga tercinta. Cikgu akan sentiasa menjadi ingatan warga SMKBG.

       Harapan beliau adalah agar SMK Bukit Gambir dapat berada di kedudukan 10 terbaik pada tahun 2012 ini dalam peperiksaan awam.



      On Thursday [6 September 2012] , a retirement ceremony Mr. Lee Cheng Kin was held. Mr. Lee Cheng Kin or better known as Mr. Lee has served for 30 years (1982-2012) at SMK Bukit Gambir. He have rendered exceptional service in educating and teaching students.

      The retirement ceremony began about 2.30 pm after school hours and was attended by all the SMK Bukit Gambir’s teachers and staff. The occasion was proceeded with a speech from the vice-principal of SMKBG, Tn. Hj. Masduki Ahmad b. Komar. Some teachers have given a gift to Mr. Lee Cheng Kin as a keepsake. The teachers and staff are served with delicacies, in conjunction with the retirement Mr. Lee Cheng Kin.

      All his contributions and sacrifices as a teacher cannot be repay. There is no one like him. Hopefully Mr. Lee happy with your loved ones. Good educator like Mr.Lee Cheng Kin will always be a memory to all SMKBG citizens.
         
      His hope is that he wants SMK Bukit Gambir can be ranked 10th best in the year 2012 in the public examinations.

  Prepared by : Farah Najdah binti Mahmud


Mr. Lee Cheng Kin
 Tn. Hj. Ahmad Masduki b. Komar